MIMPI

Assalamualaikum.


Aku bukannya nak cerite pasal mimpi basah ke kering ke. Pagi tadi lepas mandi,gosok gigi semua aku tengok tv. Oleh sebab terlalu bosan,aku tertidur.


Best tak muqaddimah? Hahahambar. Aku mimpi tetiba dah naik sekolah. Pastu dalam mimpi aku Ustazah Imratun masuk kelas. First thing yang buat aku dedor gila,homework Arab aku tak sentuh lagi. Seram kot masetu. Pastu cikgu bagi kertas Arab. Dalam mimpi aku tu Zarif dapat 38%. Pastu ada tulis GAGAL bebesor kat page depan tu. HAHAHAHA memang tak logik. Kawan aku tu Arab dia taklah teruk pun. Pandai lah gak.


Pastu mimpi tetibe je ada Tsunami. memang tak masalkan. Dalam mimpi aku tu aku pandai berenang. Bertambah tak masal kan. Ok bye. hahaha

Homework?

Assalamualaikum.


Seingat aku keje sekolah aku cuti 2 minggu ni cuma Bahasa Arab & lengkapkan modul addmaths.
Bahasa Arab tak banyak mana.
Addmaths rasanya dah lama lengkap.
Keje yang ditangguh selama ni banyak. Tapi kenapa aku rasa cuti macam lama lagi?
So aku tak sentuh apa-apa barang sekolah lagi.
Ingat comel ke taip sebaris seayat?

ok senanya takde idea. sekian,Assalamualaikum :)

#Nak kemas barang sekolah.

Angan-angan

Assalamualaikum.


aku terfikirkan seseorang. Yang dulunya pernah jadi kawan aku. Bolehlah rapat sikit-sikit. Tapi rapatpun sebab gaduh. Bukan gaduh serius tu,gaduh main-main...cam gurau lelebih lah. No hurt feeling punya. Mak dia kawan mak aku. Tapi tu bukan point-nya.


Apa yang aku nak point out ialah kawan aku ni pegi MATA lepas PMR. now he's at MATA. IDK what MATA stands for. Yang aku tau dia mcm penerbangan gitu lah kan. And when my mother started to talk about him,this thing was crossing into my mind out of the blue:


Dah besar mesti dia ni jadi engineer ke. Pilot mungkin. And aku pun congak-congaklah gaji engineer ngan pilot ni. mesti loaded. Biaseleee belajo tetinggi,gaji mestilah bebesor je. Act aku tak tau pun pasal gaji engineer ke pilot ke. Tapi yang pastinya lagi besar daripada gaji seorang guru. hahaha pointnya kat sini, kenapa life is unfair?


Aku bukan nak kata aku pandai ke apa,dia PMR 7A, kira banyaklahkan. Ini just apa yang terlintas dalam kepala aku je. Tapi dia lebih berwawasan mungkin. Dah rancang hidup daripada awal. Aku kan senanya malas nak keje tetinggi macam doktor ke,saintis ke,engineer ke,arkitek ke sebab first, memang MALAS lah sebab utama. Lagi satu aku tak minat benda tu semua.


Even Biology kat sekolah tu pun aku belajar nak tak nak. Bosan. Tak minat. Silap besar aku amek aliran sains.


Aku lagi suka jadi cikgu. Siapa yang pernah mungkin dia tau perasaan aku. Bila kita ajar orang,then orang tu paham dan boleh apply apa yang kita ajar,rasa bahagia gila.


Yes,duit tu perlu. Duit tu segala-galanya zaman sekarang. Tapi kebahagiaan yang paling utama. Itu bagi aku lah. Lain orang lain minatnya. Aku ada je kawan yang minat sains. Otak sains. memang geligalah. Awal-awal nak jadi doktor. Kadang-kadang pelik,apa yang best entah. Tapi kita tak sedar,mungkin dia pun ada terfikir,apa yang best entah jadi cikgu. Cikgu je,gaji taklah besor mana.


Main point aku, dah besar nanti,kalau cita-cita aku tercapai,aku jadi cikgu,mungkin aku tak semampu dan tak sekaya kawan-kawan aku. Pada aku sekarang, asal dapat hidup dengan baik,pun dah syukur. Biarlah aku hidup sederhana sebab Islam pun suka yang bersederhana. Tak terlalu susah,tak terlalu senang. Just nice.


Yang penting sekali,bila dah keje esok,buat semuanya kerana Allah. Jangan kerana terpaksa. Takut penat keje,pahala tak dapat. Cabaran tu ada kat memana je. Keje apa pun ada cabaran. So terima je lah. Pasal gaji beso tak beso tak payah fikir. Rezeki Allah yang bagi. Yang penting ikhlas  :)



The strength of a BOND. (chemistry talk)



Assalamualaikum.


Yesterday was the last school day for the first sem before the mid-year holiday. Nobody cares. Haha I do. It was also the last day of mid-year examination. Last paper: SEJARAH.


And guess,malam sebelum pekse Sejarah kitorang sempat buat Majlis Perpisahan untuk our beloved chemistry teacher, Cikgu Alia. It was a surprise for her. Rancang last minute, petang nya tu. Engko caya? Percayalah,aku tak tipu. 


Tapi Alhamdulillah,rancang last2 minute pun tetap lancar. But i didn't help much. Yang aku tau datang,makan. Tapi siryesli, malam tu memang sangat happening. Mula-mula tu terperanjatkan cikgu. Haha Cikgu Alia taktau pape kut. Pastu nyanyi-nyanyi,makan-makan, akhir sekali main game.


Malam tu gambar tak banyak. nah antaranya:



Okay. Masa Hari Guru pulak (minggu lepasnya), Cikgu ada datang kelas kitorang amek-amek gambar. 

lepak-lepak


tapi the most interesting part masa hari guru ni ialah bila Zarif conteng muka dia macam hantu and takutkan cikgu. Tapi aku nampak cikgu gelak je. Memang lawak gila. Kitorang gelak tak ingat dunia ah. Tapi Cikgu mengaku gak ada gak seram siket. mana taknya,tengok cemana zarif make up.



HAHAHAHAHA. make up dah jadi dah. Dia start berlakon lagi jadi. Siryes kau tak tengok depan-depan. Memang seram kalau dia berlakon jadi hantu. Tapi aku dah biasa, so tak takut sangat. nak tergelak je. 


gambar blur. haha time ni zarif dah start berlakon. Gambar2 ni Cikgu Alia yang amek. Dia ada rakam sekali. Dalam rakaman tu ada Zarif jerit. Tapi Cikgu tak upload kat fb.


And the last day we met cikgu Alia ialah semalam. Cikgu ajak kitorang pergi makmal komputer. Dia bagi kek batik yang dia buat sendiri. Lepastu cam biasa,amek gambar lagi.

memang sengaja kan nabila. haha dak laki nampak kaki je. yang kat atas tu.


malang aku dok belakang. Naseb baik nampak sesiket je. haha.


Konklusinya,Cikgu Alia terbaik! Kami doakan Cikgu capai cita-cita cikgu dan berjaya dunia-akhirat. Aameen. Kenang daku dalam doamu. (tetibe). Sekian,assalamualaikum.


Learn from the mistake

I've done the biggest mistake. I should watch my mouth better.
My friend, Muhammad Ridzwan bin Md Tahir pernah cakap:

"Allah larang kita buka aib kita sendiri kat orang lain".


Apa yang kita boleh nampak kat sini? Allah dah tentu tentu larang kita aibkan diri kita. If we did something wrong,there's no need to tell everybody nor our bestfriend about it. But learn from the mistake.


Itulah gunanya muhasabah diri. Selalukan. Biasakan muhasabah. Ya ALLAH,i still don't reach that level yet. Guide me Allah!


Insha Allah,aku nak tak nak WAJIB KENA PERLU MESTI set dalam kepala otak untuk jaga aib diri. Point yang lagi penting kat sini:

Kalau Allah larang kita buka aib kita sendiri,apa lagi aib orang lain! kawan-kawan kita. Kalau buat salah ke,dosa, kalau boleh tak perlu cerita kat orang. Tapi mohon keampuanan daripada Allah. Kita sama-sama buat ya! Insha Allah.


Ya Allah,aku menyesal. Tapi itu takdir. Benda dah lepas. Allah nak macam tu,kita ikut je. Ya Allah,ubah kami. Bimbing kami sentiasa ke arah jalan yang benar. Semoga Engkau ada perancangan yang lebih baik. Aameen.


BTW,thanks to my friend, Wan Tahir for the advice. Actually it's random. It suddenly crossed into my mind. Alhamdulillah.



Entah lah

Assalamualaikum.
Okay sekarang cuti. Exam dah lepas. Homework pun tak banyak. sedih. Alhamdulillah. Actually sesiapa pun akan rasa kenikmatan awal cuti ni. But i have to get ready for the results. I've done my best. I've tried to score. Now is the time to tawakkaltu 'Alallah je lah.


Papepun results, kite REDHOOOO je ok. Usaha dah. Doa je bebanyak. Mohon dikuatkan semangat terima keputusan addmaths. kenapa addmaths? Tungguuuu...


Sekian,wassalamualaikum :)