Angan-angan

Assalamualaikum.


aku terfikirkan seseorang. Yang dulunya pernah jadi kawan aku. Bolehlah rapat sikit-sikit. Tapi rapatpun sebab gaduh. Bukan gaduh serius tu,gaduh main-main...cam gurau lelebih lah. No hurt feeling punya. Mak dia kawan mak aku. Tapi tu bukan point-nya.


Apa yang aku nak point out ialah kawan aku ni pegi MATA lepas PMR. now he's at MATA. IDK what MATA stands for. Yang aku tau dia mcm penerbangan gitu lah kan. And when my mother started to talk about him,this thing was crossing into my mind out of the blue:


Dah besar mesti dia ni jadi engineer ke. Pilot mungkin. And aku pun congak-congaklah gaji engineer ngan pilot ni. mesti loaded. Biaseleee belajo tetinggi,gaji mestilah bebesor je. Act aku tak tau pun pasal gaji engineer ke pilot ke. Tapi yang pastinya lagi besar daripada gaji seorang guru. hahaha pointnya kat sini, kenapa life is unfair?


Aku bukan nak kata aku pandai ke apa,dia PMR 7A, kira banyaklahkan. Ini just apa yang terlintas dalam kepala aku je. Tapi dia lebih berwawasan mungkin. Dah rancang hidup daripada awal. Aku kan senanya malas nak keje tetinggi macam doktor ke,saintis ke,engineer ke,arkitek ke sebab first, memang MALAS lah sebab utama. Lagi satu aku tak minat benda tu semua.


Even Biology kat sekolah tu pun aku belajar nak tak nak. Bosan. Tak minat. Silap besar aku amek aliran sains.


Aku lagi suka jadi cikgu. Siapa yang pernah mungkin dia tau perasaan aku. Bila kita ajar orang,then orang tu paham dan boleh apply apa yang kita ajar,rasa bahagia gila.


Yes,duit tu perlu. Duit tu segala-galanya zaman sekarang. Tapi kebahagiaan yang paling utama. Itu bagi aku lah. Lain orang lain minatnya. Aku ada je kawan yang minat sains. Otak sains. memang geligalah. Awal-awal nak jadi doktor. Kadang-kadang pelik,apa yang best entah. Tapi kita tak sedar,mungkin dia pun ada terfikir,apa yang best entah jadi cikgu. Cikgu je,gaji taklah besor mana.


Main point aku, dah besar nanti,kalau cita-cita aku tercapai,aku jadi cikgu,mungkin aku tak semampu dan tak sekaya kawan-kawan aku. Pada aku sekarang, asal dapat hidup dengan baik,pun dah syukur. Biarlah aku hidup sederhana sebab Islam pun suka yang bersederhana. Tak terlalu susah,tak terlalu senang. Just nice.


Yang penting sekali,bila dah keje esok,buat semuanya kerana Allah. Jangan kerana terpaksa. Takut penat keje,pahala tak dapat. Cabaran tu ada kat memana je. Keje apa pun ada cabaran. So terima je lah. Pasal gaji beso tak beso tak payah fikir. Rezeki Allah yang bagi. Yang penting ikhlas  :)



No comments:

Post a Comment