Pesanan untuk WANITA

Assalamu'alaikum,bismillah...


Kau sungguh indah
bagai pelangi di pagi cerah,
bak mawar yang mekar merah,
bagai pohon yang hijau sergah.

Kau wanita,
kau seharusnya bersyukur
dijadikan indah sebagai perhiasan
bukan untuk ditunjuk kepada Adam
sebagai godaan.

Seluruh tubuhmu mesti dipelihara
hanya dikecualikan telapak tangan dan muka.
harga dirimu mesti disimpan
untuk 'imam' yang telah ditakdirkan.

Jangan jadi perempuan murahan
yang menjual diri dengan kecantikan.
Rambut,kaki semuanya ditayangkan
semata-mata inginkan perhatian.

Berjalan-jalan dengan mendedahkan auratmu,
sama seperti menjatuhkan sahammu
kau mengheret ahli keluargamu
ke neraka yang ditempah olehmu
selain menarik lelaki yang dibelenggu nafsu.

Wahai perhiasan bumi,
jangan bimbang dirimu tidak laku,
jangan bimbang dirimu tak dipandang,
jangan bimbang jodohmu tak datang
kerana Allah itu sebaik perancang
merancang yang TERBAIK buatmu...


#Ifwat Syamim Musa




Yang Terbaik Buat Kita

Assalamu'alaikum, Bismillah...


Sampai bila harusku tahan
perasaan yang tak bisa kuluahkan.
Sampai bila harusku sabar
tenungmu hanya dari kejauhan.

Aku takkan berani
mengatakan isi hati
bimbang hatiku yang 'kan disakiti
dek aku yang kau 'kan jauhi.

Kalau bukan kerana rupa,
pasti kau bisa terimaku seadanya,
namun itu takkan berlaku
kerana bagimu rupa yang utama.

memanggilmu 'sayang' amat ku idamkan
tapi itu takkan ku cuba untuk lakukan
takut aku kau 'kan abaikan.

Oh sahabat,
mungkin ini yang terbaik buat kita
walau hanya dianggap sahabat,
ku rela
asal kau sentiasa
di depan mata...



Written by: Ifwat Syamim Musa
Dedicated to: someone who i really love

#SukaSukaSaja :)