Pesanan untuk WANITA

Assalamu'alaikum,bismillah...


Kau sungguh indah
bagai pelangi di pagi cerah,
bak mawar yang mekar merah,
bagai pohon yang hijau sergah.

Kau wanita,
kau seharusnya bersyukur
dijadikan indah sebagai perhiasan
bukan untuk ditunjuk kepada Adam
sebagai godaan.

Seluruh tubuhmu mesti dipelihara
hanya dikecualikan telapak tangan dan muka.
harga dirimu mesti disimpan
untuk 'imam' yang telah ditakdirkan.

Jangan jadi perempuan murahan
yang menjual diri dengan kecantikan.
Rambut,kaki semuanya ditayangkan
semata-mata inginkan perhatian.

Berjalan-jalan dengan mendedahkan auratmu,
sama seperti menjatuhkan sahammu
kau mengheret ahli keluargamu
ke neraka yang ditempah olehmu
selain menarik lelaki yang dibelenggu nafsu.

Wahai perhiasan bumi,
jangan bimbang dirimu tidak laku,
jangan bimbang dirimu tak dipandang,
jangan bimbang jodohmu tak datang
kerana Allah itu sebaik perancang
merancang yang TERBAIK buatmu...


#Ifwat Syamim Musa




No comments:

Post a Comment